Makluman

Kemasukan data saringan khas 1 LBI tahun 4, 2016 pada 1 Jun sehingga 15 Jun 2016

Wednesday 1 June 2016

Kemasukan Data Saringan Khas 1 LBI Tahun 4 2016

Data saringan khas 1 LBI Tahun 4 2016 sudah boleh mula diisi ke dalam portal nkra bermula 1 Jun sehingga 15 Jun 2016.

Friday 6 May 2016

Saringan Khas 1 LBI Tahun 4 2016

Saringan Khas Literasi Bahasa Inggeris untuk murid tahun 4 akan dilaksanakan mengikut jadual berikut:



Saringan ini adalah untuk murid tahun 4 yang masih belum menguasai konstruk LINUS semasa tahun 3 pada saringan 2, 2015. Manual pentadbiran saringan, intrumen saringan dan Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) boleh dimuat turun dari link berikut:

LINUS2.0 (LBI) Saringan Khas 1 Tahun 4, 2016

Thursday 21 April 2016

Lanjutan Tempoh Pengisian Data Saringan 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan tempoh pengisian data saringan 1, 2016 dilanjutkan sehingga 6 Mei 2016. Mohon penyelaras mengemaskini data saringan 1 mengikut tempoh yang ditetapkan.

Laporan Saringan 1, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mohon semua penyelaras LINUS melengkapkan tapak laporan saringan 1, 2016 dan hantar kepada fasiLINUS sebelum atau pada 6 Mei 2016 melalui emel linusppdt@yahoo.com. Segala kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Muat turun tapak laporan di sini : Tapak Laporan Saringan 1, 2016

Monday 18 April 2016

Kemaskini data portal NKRA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Data saringan 1, 2016 sudah boleh mula dimasukkan ke dalam portal NKRA bermula 18 April hingga 29 April 2016. Mohon semua penyelaras LINUS memastikan guru-guru mata pelajaran yang terlibat dengan pelaksanaan saringan 1 LINUS2.0 untuk memasukkan data kelas masing-masing ke dalam portal mengikut tempoh yang ditetapkan. Terima kasih.

Friday 1 April 2016

Saringan 1, 2016 LINUS2.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman, saringan 1, 2016 LINUS2.0 akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :

Saringan lisan/menulis : 1 - 30 MAC 2016

Saringan membaca       : 3 - 16 APRIL 2016

Saringan pada tahun ini melibatkan murid Tahun 1, 2 dan 3 untuk Literasi Bahasa Inggeris dan hanya murid Tahun 3 untuk Literasi Bahasa Malaysia dan Numerasi. Peringatan mesra untuk guru-guru yang terlibat dengan pelaksanaan saringan ini:

1) Jalankan saringan mengikut tempoh yang ditetapkan.
2) Sila rujuk manual am dan manual pentadbiran saringan yang dibekalkan sebelum, semasa dan selepas saringan dijalankan.
3) Pastikan Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) diisi dengan lengkap.