Apa itu Program LINUS?
LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy
and Numeracy Screening). Program yang direka bentuk ini bertujuan
memastikan murid menguasai kemahiran asas Literasi (Bahasa Malaysia) dan
Numerasi (Matematik) di akhir Tahun 3 persekolahan Sekolah Rendah. LINUS
disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira. Pada tahun 2013 program diperluaskan dengan memasukkan Bahasa Inggeris dalam komponen literasi. Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan
SABK. Saringan dijalankan pada setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac), Saringan 2
(Jun), Saringan 3 (September), namun bermula pada tahun 2013 menerusi LINUS2.0
saringan dijalankan sebanyak dua kali sahaja.
Visi
Penguasaan 100% literasi dan numerasi (LINUS) murid tahap 1
Misi
Mengupayakan pengajaran
berkualiti dan berinovasi menerusi pengurusan yang efisien dan efektif
berlandaskan Bidang Keberhasilan Utama Pendidikan Negara dan Petunjuk Prestasi
bagi mencapai sasaran.
Matlamat
- Memperkasa
FasiLINUS dan AJK LINUS sekolah sebagai pemimpin pengurusan berkualiti dan
berinovasi.
- Mengupaya
FasiLINUS sebagai kumpulan pemantau dan pembimbing dalam pelaksanaan Program
LINUS sekolah-sekolah rendah daerah Temerloh.
- Melahirkan
murid yang menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi seterusnya mencapai
sasaran sifar murid tidak menguasai
Objektif
- Melahirkan pasukan Pegawai
FasiLINUS yang mempunyai kepimpinan pengurusan yang efisien, efektif dan
berwawasan.
- Memperkasa program LINUS di sekolah-sekolah rendah daerah Temerloh.
- Mencapai KPI Program LINUS selaras dengan kehendak
Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
KPI Program LINUS
Bidang Keberhasilan Utama
negara (NKRA) KPM pada bulan Ogos tahun 2009 telah menyasarkan bahawa semua
murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas
Literasi dan Numerasi sebelum berakhir persekolahan tahap 1. Sasaran KPI
tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun di
semua sekolah rendah. Kohort pertama program LINUS dijangka akan mencapai
sasaran 100% pada tahun 2012 (kecuali murid berkeperluan khas)
Apa itu Program LINUS?
LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy
and Numeracy Screening). Program yang direka bentuk ini bertujuan
memastikan murid menguasai kemahiran asas Literasi (Bahasa Malaysia) dan
Numerasi (Matematik) di akhir Tahun 3 persekolahan Sekolah Rendah. LINUS
disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira. Pada tahun 2013 program diperluaskan dengan memasukkan Bahasa Inggeris dalam komponen literasi. Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan
SABK. Saringan dijalankan pada setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac), Saringan 2
(Jun), Saringan 3 (September), namun bermula pada tahun 2013 menerusi LINUS2.0
saringan dijalankan sebanyak dua kali sahaja.
Visi
Penguasaan 100% literasi dan numerasi (LINUS) murid tahap 1
Misi
Mengupayakan pengajaran
berkualiti dan berinovasi menerusi pengurusan yang efisien dan efektif
berlandaskan Bidang Keberhasilan Utama Pendidikan Negara dan Petunjuk Prestasi
bagi mencapai sasaran.
Matlamat
- Memperkasa FasiLINUS dan AJK LINUS sekolah sebagai pemimpin pengurusan berkualiti dan berinovasi.
- Mengupaya FasiLINUS sebagai kumpulan pemantau dan pembimbing dalam pelaksanaan Program LINUS sekolah-sekolah rendah daerah Temerloh.
- Melahirkan murid yang menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi seterusnya mencapai sasaran sifar murid tidak menguasai
Objektif
- Melahirkan pasukan Pegawai FasiLINUS yang mempunyai kepimpinan pengurusan yang efisien, efektif dan berwawasan.
- Memperkasa program LINUS di sekolah-sekolah rendah daerah Temerloh.
- Mencapai KPI Program LINUS selaras dengan kehendak Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.